Thursday 17 August 2017

FACEBOOK SKHB

Jangan ketinggalan untuk melayari facebook page Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam.
Sila klik pada link tersebut. Terima kasih.

facebook page SKHB

SELAMAT BERSARA CIKGU OTHMAN.....

Majlis Persaraan Tn. Hj. Othman Bin Mohd Mangun dengan tema 'Junjungan Bakti Sanjungan Abadi'. Selamat bersara Cikgu.
Jasa Mu Tetap Dikenang.
31 Julai 2017
Anjung Budi Sek. Keb. Hulu Bernam


















TERIMA KASIH PIBG SKHB

Majlis penyerahan 'white board' oleh YDP PIBG SKHB, Dr. Sharul Effendy hasil sumbangan PIBG kepada pihak sekolah bagi meningkatkan proses pengajaran & pembelajaran.






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan begitu meriah sekali. Sambutan ini disertai oleh semua warga sekolah dengan pelbagai juadah disediakan melalui gerai kecil yang dikelolakan oleh semua kakitangan sekolah. acara dimulakan oleh ucapan aluan daripada Guru Besar, persembahan murid dan seterusnya acara menjamu selera.










PERJANJIAN PERSEFAHAMAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT KOLEJ UNGKU OMAR DAN SK HULU BERNAM

Telah berlangsung satu majlis yang bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam apabila menandatangani perjanjian persefahaman bersama Kolej Ungku Omar, UPSI pada 16 Mei 2017 bertempat di Anjung Budi, SKHB. Perjanjian ini adalah bagi mewujudkan usahama antara SKHB & KOU dalam pelbagai sudut dalam pendidikan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. TAHNIAH SKHB





Thursday 9 March 2017

PEMASYHURAN SURAU AL-GHAZALI, BACAAN YASIN, TAHLIL & SOLAT HAJAT 2017

Majlis yang berlangsung di Surau Al-Ghazali, SKHB, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Majlis yang di ilhamkan oleh YB Dato' Rosni Sohar ini telah dimulakan dengan solat Maghrib dan disusuli dengan bacaan Yasin, tahlil, solat fardhu Isyak dan seterusnya solat sunat Hajat. Dianggarkan hampir 300 orang yang hadir dalam majlis sempena pemashuran surau baru Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam iaitu Surau Al-Ghazali, Semua yang hadir seterusnya disajikan dengan hidangan Nasi Beryani, Kuzi Kambing, Ayam Masak Merah, Dalca dan bermacam jenis kuih muih. 






















 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023