Sunday 22 January 2017

PENGAWAS SEKOLAH SESI 2017

 Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas kepada semua pengawas Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam bagi sesi 2017. Penyampaian watikah ini disempurnakan sendiri oleh Tuan Guru Besar, En. Abdul Rahman Bin Abdullah. Pelajar yang terpilih menyandang jawatan pengawas sekolah telah melalui sesi temuduga oleh guru disiplin pada akhir persekolahan 2016 sebelum dilantik secara sah pada tahun 2017. Pengawas sekolah adalah dari pelajar tahun 3, tahun 4, tahun 5 & tahun 6. Adik Mohd Haiqal Aqasyah telah dipilih sebagai Ketua Pengawas 2017 dan adik Nur Yasmin Alieya telah dipilih sebagai Penolong Ketua Pengawas 2017. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada yang telah dilantik dan diharapkan agar dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.

TAHNIAH.....






Wednesday 18 January 2017

MERENTAS DESA 2017

Pada 19 Januari 2017, Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam telah menjalankan Larian Merentas Desa 2017. Larian ini melibatkan kesemua pelajar sekolah dan guru-guru. Kawasan larian ini melibatkan padang awam Hulu Bernam, Taman Awam 2, Kampung Geriang dab Taman Indah. Jarak yang dilalui adalah sejauh 5 km bagi tahap 2 dan 3 km bagi tahap 1. Acara ini mengikut rumah sukan masing-masing dan setiap pemenang akan menerima hadiah. Acara penyampaian hadiah diadakan di dewan anjung budi. Rumah kuning (Satria) diumum sebagai Johan bagi acara merentas desa pada kali ini...

Syabas kepada pemenang.





















Tuesday 17 January 2017

PROGRAM MESRA WARIS IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6 BERSAMA GURU-GURU TAHUN 6 2017

Pada hari ini telah diadakan perjumpaan (mesra waris) ibu bapa/penjaga murid tahun 6 bersama guru-guru tahun 6 2017 yang bertempat di Malaysia Hall, Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam. Dalam majlis ini akan diperkenalkan kepada ibu bapa / waris guru-guru yang akan mengajar tahun 6. Majlis merupakan anjuran Unit Bimbingan Kaunseling & Unit kecemerlangan UPSR 2017. Ibu bapa/waris juga akan diberi maklumat berkenaan pembentangan GROW, perancangan program kecemerlangan UPSR 2017 dan pembentangan perancangan kewangan.


#skhb #jantunghatiku #menujukesejahteraan #UPSR #2017








Sunday 8 January 2017

PELANCARAN HALA TUJU SK HULU BERNAM 2017-2020

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam kerana pada hari ini akan dilancarkan Hala Tuju SK Hulu Bernam 2017-2020. Majlis pelancaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Auza'i dan diiringi dengan nyanyian lagu sekolah dan ucapan guru bertugas. Majlis diteruskan dengan penerangan terperinci berkenanaan Hala Tuju SK Hulu Bernam 2017-2020 oleh Tuan Guru Besar, Encik Abdul Rahman Bin Abdullah. Majlis disertai oleh semua warga sekolah termasuk kakitangan pejabat, pekerja swasta & pengawal keselamatan.Turut diraikan juga hari ulang tahun kelahiran Penolong Kanan Tn. HJ Emir Hamzah & pekerja swasta sekolah Pn. Nasehah.

SKHB JANTUNGHATIKU....










Thursday 5 January 2017

HARI JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah S.W.T. kepada hamba-hambaNya. Inilah hari yang terkumpul didalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Adalah wajar kaum muslimim merebut peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad S.A.W. - Ustaz Auza'i Bin Mahamad

LADAP KEDUA 2017

Selepas selesai sesi persekolahan, guru serta kakitangan perlu menjalani sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bertempat di Malaysia Hall, SK Hulu Bernam. Latihan kali ini memerlukan semua pihak bekerjasama untuk merangka perancangan strategik SK Hulu Bernam 2017 - 2020. Dengan bimbingan dari Tuan Guru Besar, En. Abdul Rahman, semua kakitangan menggembleng tenaga bersama bagi mencapai agenda yang dikehendaki.

SYABAS DAN TAHNIAH SEMUA....TERUSKAN BERUSAHA....

 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023