Friday 24 February 2017

"SAYA DENGAN INI MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM KALI KE 50"

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam kali ke-50 telah di rasmikan dengan sempurna oleh YB Dato' Rosni Sohar pada 25 Februari 2017 bertempat di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam. Dalam majlis ini, hampir kesemua ibu bapa & waris pelajar SKHB telah hadir bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dalam majlis ini, semua perkara akan dibincangkan termasuk program bagi pelajar sekolah dan komuniti setempat. Mesyuarat pada kali ini juga akan dijalankan pemilihan kepimpinan baru bagi organisasi persatuan ini. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada YB Dato' Rosni Binti Sohar atas kesudian beliau hadir dalam majlis ini. Tidak dilupa juga kepada semua ibu bapa, waris & guru yang menghadirkan diri dalam mesyuarat kali ini.






































Thursday 16 February 2017

ISNIN 13 FEBRUARI 2017

Seperti biasa himpunan mingguan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin. Acara perhimpunan pada pagi ini berlalu dengan beberapa acara penting. Acara pertama adalah pemakaian "nametag" pada semua pelajar tahun 6 dimana dalam "nametag" tersebut di papar kan keputusan pra UPSR 1 pelajar. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kehadiran Tertinggi kepada kelas yang kehadirannya melebihi 95% bagi bulan Januari.
Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan penyampaian watikah perlantikan oleh Unit Kokurikulum SKHB yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar kepada guru-guru yang terlibat. Dalam majlis perhimpunan ini juga dilancarkan Projek Anak Angkat Literasi Bahasa Melayu (LBM) & Literasi Bahasa Inggeris (LBI) bagi pelajar-pelajar yang terpilih. Sebelum mengakhiri perhimpunan pada pagi tersebut, disampaikan pingat dan sijil penyertaan kepada adik Muhammad Adam Bin Shariman di atas kejayaan merangkul Naib Johan dalam Kejohanan Ping Pong MSSD Kategori Terbukan yang berlangsung di SK Lembah Beringin yang lalu. Tahniah & Syabas diucapkan.







































































 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023