Monday, 3 September 2018


LATIHAN KEBAKARAN
SK HULU BERNAM
Kali ke-2

Latihan kebakaran SK Hulu Bernam telah dilakukan sebanyak dua kali setahun. Sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua sesi persekolahan. Latihan kebakaran di sekolah adalah telah menjadi satu program yang wajib dilakukan. Latihan kebakaran adalah bermaksud memberikan informasi tentang cara menyelamatkan diri semasa kebakaran bagi murid-murid sekolah.

Terdapat banyak kebaikan latihan kebakaran. Pertama sekali, latihan kebakaran ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran tentang teknik untuk menyelamatkan diri sekirannya berlaku kebakaran di sekolah. 

Teknik-teknik seperti loceng akan berbunyi berterusan, beratur di hadapan kelas, guru kelas, guru kelas mengambil kehadiran, laluan kecemasan haruslah diketahui dan diingati oleh guru dan murid-murid.



GPK Hem memberi sedikit taklimat tentang latihan kebakaran.


Semua murid berkumpul di tapak yang telah dimaklumkan iaitu di luar sekolah apabila berlaku kebakaran.


Buku kedatangan murid juga telah dibawa turun ke tapak berhimpun untuk menyemak kehadiran murid.


Pasukan bomba juga turut serta dalam latihan kebakaran ini.


Murid tahun 5 mencuba teknik untuk memadam api menggunakan alat pemadam api.








Terima kasih pasukan bomba !



No comments:

Post a Comment

 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023