Wednesday 4 January 2017

MESYUARAT AWAL TAHUN SEK. KEB. HULU BERNAM BAGI SESI 2017


               Tepat pukul 9.00 pagi bersamaan hari Selasa pada 27 Disember 2016 telah diadakan mesyuarat awal tahun untuk sesi persekolahan 2017. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua guru termasuk pihak pentadbir bagi membincangkan hala tuju SK Hulu Bernam bagi sesi persekolahan 2017. Mesyuarat di mulakan dengan kata aluan oleh Tuan Guru Besar yang baru, En. Abdul Rahman Bin Abdullah, menggantikan Guru Besar sebelumnya Tn. Hj. Rusli Bin Husin. 
               Sebagai Guru Besar yang baru bagi SK Hulu Bernam, beliau telah menggariskan beberapa panduan sebagai hala tuju SK Hulu Bernam di mana berlandaskan moto "JANTUNGHATIKU" sebagai panduan bagi semua pihak. Betemakan MENUJU KESEJAHTERAAN beliau mengariskan agar semua perkara yang dilakukan akhirnya mencapai tema tersebut. Mesyuarat diteruskan lagi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Hj Emir Hamzah Bin Kordi bagi pengagihan tugas kepada guru dalam perlaksanaan akademik sesi 2017. Seterusnya Pn. Haslina Binti Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, memberi penerangan berkaitan dengan program berkaitan hal ehwal murid dan bantuan yang diperlukan oleh pelajar. Sesi mesyuarat diteruskan dengan penerangan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Yatimah Binti Ahmad, bagi makluman perjalanan kokurikulum serta sukan yang melibatkan sekolah. Dan akhir sekali sesi penerangan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn. Wan Norawati Binti Wan Othman, memberi penarangan lanjut mengenai segala yang berkaitan dengan pendidikan khas & integrasi.

 taklimat jadual waktu oleh Pn. Hayati








Tuan Guru Besar, En. Abdul Rahman







No comments:

Post a Comment

 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023