Wednesday 4 January 2017

TERIMA KASIH YB DATO' ROSNI SOHAR

TERIMA KASIH DATO'....itulah ucapan yang terbit dari mulut pelajar Tahun 1 SK Hulu Bernam yang menerima beg sekolah baru hasil sumbangan YB Dato' Rosni Sohar yang juga merupakan ADUN Hulu Bernam. Majlis tersebut disampaikan pada 4 Januari 2017 bertempat di Anjung Budi SK Hulu Bernam. Ketibaan YB Dato' Rosni telah disambut oleh Guru Besar, En. Adbul Rahman dan semua GPK serta guru-guru yang terlibat. Seramai 90 orang pelajar telah menerima beg sekolah baru yang disampaikan sendiri oleh YB Dato' Rosni Sohar dalam majlis yang penuh keberkatan. Kami di SK Hulu Bernam ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga buat YB Dato' Rosni Sohar atas penyampaian beg sekolah ini...

TERIMA KASIH DATO' ROSNI......


















No comments:

Post a Comment

 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023