Sunday 22 January 2017

PENGAWAS SEKOLAH SESI 2017

 Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas kepada semua pengawas Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam bagi sesi 2017. Penyampaian watikah ini disempurnakan sendiri oleh Tuan Guru Besar, En. Abdul Rahman Bin Abdullah. Pelajar yang terpilih menyandang jawatan pengawas sekolah telah melalui sesi temuduga oleh guru disiplin pada akhir persekolahan 2016 sebelum dilantik secara sah pada tahun 2017. Pengawas sekolah adalah dari pelajar tahun 3, tahun 4, tahun 5 & tahun 6. Adik Mohd Haiqal Aqasyah telah dipilih sebagai Ketua Pengawas 2017 dan adik Nur Yasmin Alieya telah dipilih sebagai Penolong Ketua Pengawas 2017. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada yang telah dilantik dan diharapkan agar dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.

TAHNIAH.....






No comments:

Post a Comment

 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023