Wednesday 4 January 2017

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Alhamdulillah....akhirnya sesi persekolahan 2017 telah bermula pada 3 Januari 2017. Sesi kali ini dimeriahkan oleh kemasukan pelajar baru tahun 1 seramai 90 orang murid. Perhimpunan pertama bagi tahun ini dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu SK Hulu Bernam. Ucapan aluan oleh guru bertugas dalam memberi input yang berguna kepada pelajar tahun ini. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YDP PIBG yang turut hadir dalam perhimpunan ini. Seterusnya ucapan oleh Tuan Guru Besar, En. Abdul Rahman, memberi penerangan lebih lanjut berkenaan sesi persekolahan pada tahun ini juga sebagai makluman kepada ibu bapa yang hadir bagi melihat hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2017. Akhir perhimpunan, pihak Tuan Guru Besar telah membuat kejutan dengan menyampaikan hadiah hari jadi pada Cikgu Siti Salwah & Cikgu Norhasimah...


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.......











No comments:

Post a Comment

 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023