Friday 3 February 2017

SEMINAR MOTIVASI & STRATEGI BELAJAR 2017

Pada 04 Februari 2017 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, telah diadakan kem motivasi untuk para pelajar. Kem motivasi ini merupakan satu program yang telah dirangka dan dijadikan sebagai program tahunan SK Hulu Bernam bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang ilmu pengetahuan demi masa hadapan. dengan adanya program seperti ini akan dapat menyumbangkan ke arah menyuntik semangat belajar kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Program Motivasi ini adalah diusahakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Kecemerlangan UPSR. Program ini adalah untuk mencetuskan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar di samping bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR.
Objektif program ini adalah untuk:
  • Membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu.
  • Mengujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan dan UPSR
  • Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan emosi pelajar untuk menghadapi UPSR
Semoga dengan pelaksaan program ini akan merealisasikan impian dan harapan sekolah untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan mencapai GPS kepada 2.50 dalam UPSR dan 10 orang mendapat 6A selaras dengan KPI sekolah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.



Pelajar memberi tumpuan


Antara guru yang hadir

Antara guru yang hadir

Cikgu Hayati sebagai Guru Bimbingan & Kaunseling
full house

Antara ibu bapa yang hadir

Antara ibu bapa yang hadir

Antara ibu bapa yang hadir


Antara ibu bapa yang hadir

No comments:

Post a Comment

 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023