Sunday 5 February 2017

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Program Jom Ke Sekolah adalah program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (Royal Malysia Police) dalam usaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang lebih mantap di antara pihak sekolah. Program ini juga diharap akan dapat membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang sama ada di dalam atau di luar sekolah. 
Oleh sebab yang demikian, pihak Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam telah melancarkan program Jom Ke Sekolah pada pagi ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor seterusnya lagu sekolah. Program hari ini diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tn. Guru Besar, Encik Abdul Rahman Abdullah yang memberi ucapan ringkas tentang program ini. Seterusnya majlis ini diserikan lagi oleh ucapan daripada Pegawai Seranta Sarjan Suman Bin Rosmin dari IPD, Kuala Kubu Bharu. Beliau juga turut melancarkan peti aduan di sekolah bagi murid-murid di mana mereka boleh menyalurkan maklumat tetang salahlaku pelajar lain kepada pihak sekolah (Guru Disiplin / Hal Ehwal Murid) untuk siasatan lanjut walaupun pengadu tidak menyertakan namanya.
Dalam majlis ini juga diadakan pemakaian lencana butang (badge button) kepada semua ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi sesi 2017. 

Ayuh, Jom Ke Sekolah!!!!











No comments:

Post a Comment

 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023