Thursday 16 February 2017

ISNIN 13 FEBRUARI 2017

Seperti biasa himpunan mingguan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin. Acara perhimpunan pada pagi ini berlalu dengan beberapa acara penting. Acara pertama adalah pemakaian "nametag" pada semua pelajar tahun 6 dimana dalam "nametag" tersebut di papar kan keputusan pra UPSR 1 pelajar. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kehadiran Tertinggi kepada kelas yang kehadirannya melebihi 95% bagi bulan Januari.
Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan penyampaian watikah perlantikan oleh Unit Kokurikulum SKHB yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar kepada guru-guru yang terlibat. Dalam majlis perhimpunan ini juga dilancarkan Projek Anak Angkat Literasi Bahasa Melayu (LBM) & Literasi Bahasa Inggeris (LBI) bagi pelajar-pelajar yang terpilih. Sebelum mengakhiri perhimpunan pada pagi tersebut, disampaikan pingat dan sijil penyertaan kepada adik Muhammad Adam Bin Shariman di atas kejayaan merangkul Naib Johan dalam Kejohanan Ping Pong MSSD Kategori Terbukan yang berlangsung di SK Lembah Beringin yang lalu. Tahniah & Syabas diucapkan.







































































No comments:

Post a Comment

 KEJOHANAN MERENTAS DESA  PERINGKAT SEKOLAH 7 JULAI 2023